Perpustakaan

Latar Belakang

Perpustakaan Kolej Al-Quran Terengganu merupakan sebuah pusat sumber ilmu yang amat penting bagi warga Kompleks Pengajian Al-Quran Kampus Padang Midin. Perpustakaan Kolej Al-Quran Terengganu Perpustakaan Kolej Al-Quran Terengganu merupakan sebuah pusat sumber ilmu yang amat penting bagi warga Kompleks Pengajian Al-Quran Kampus Padang Midin yang berada di bawah tanggungjawab Ketua Eksekutif. Perpustakaan Kolej Al-Quran Terengganu adalah sebuah perpustakaan akademik yang menyediakan keperluan sumber maklumat dan ilmu untuk penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran. Perpustakaan Kolej Al-Quran Terengganu juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna di perpustakaan.

Menjadi sebuah perpustakaan akademik yang terulung dalam bidang pendidikan seiring dengan visi dan misi Kolej Al-Quran Terengganu dalam era globalisasi ilmu.

Menyedia dan memperkukuhkan prasarana dan sumber ilmu yang terkini dan lengkap bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan warga Kolej Al-Quran Terengganu.

  • Memenuhi keperluan dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan kepada pelajar.
  • Mengemaskini koleksi bahan bacaan/rujukan yang bersesuian dengan peredaran masa.