Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran dan lulus dalam satu mata pelajaran Bahasa Arab atau satu mata pelajaran Pengajian Islam atau kelayakan yang setara; atau
Lulus Sijil [Tahap 3, Kerangka Kelayakan Malaysia, (KKM)] dalam Pengajian Islam dari mana-mana Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) dengan mendapat minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.00; atau
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya;
Melepasi Ujian Kelayakan berdasarkan kepada lulus temu duga dalam Ujian Lisan.
Sedang bekerja dalam industri atau mempunyai pengalaman bekerja.