Latar Belakang

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni adalah salah satu bahagian di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Eksekutif (Akademik & Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang merangkumi 2 unit iaitu Unit Pengurusan Pelajar dan Unit Pembangunan Pelajar. Ia merupakan sebuah bahagian yang penting dalam pengurusan hal ehwal pelajar dimana ia bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan, persekitaran yang bersesuaian dan latihan pembangunan insan bagi mencapai hasrat visi dan misi Bahagian HEPA dan Kolej.

Menjadi pusat pengurusan hal ehwal pelajar dan alumni, dan peneraju pembentukan modal insan yang holistik.

Menyedia perkhidmatan yang efektif dan berdaya saing kepada pelajar.

  • Menyelaras data dan rekod alumni.
  • Menyelia urusan pendaftaran pelajar baharu.
  • Menyelaras perkhidmatan pengangkutan pelajar.
  • Menjadi urusetia bagi pelaksanaan tatatertib pelajar.
  • Menjadi urusetia bagi menyediakan kemudahan penginapan.
  • Memberi perkhidmatan kaunseling dan bimbingan kerjaya kepada pelajar.
  • Mengurus aduan pelajar termasuk hal-hal berkaitan kesihatan dan kecemasan.
  • Membantu pelajar mendapatkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman dan biasiswa.
  • Menyelaras kegiatan badan pelajar dan mengurus pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar.
  • Mengurus dan melaksanakan aktiviti kokurikulum dan program pembangunan pelajar.