Pejabat Pendaftar bertanggungjawab di dalam urusan pentadbiran dan sumber manusia Kolej. Pejabat Pendaftar Berada di bawah tanggungjawab Ketua Eksekutif dan diketuai oleh seorang Pendaftar.
Pembangunan dan pengukuhan pengurusan sistem pentadbiran dan sumber manusia yang inklusif.
Meneraju pentadbiran Kolej secara sistematik dan memenuhi keperluan Kolej.
Bertanggungjawab sebagai nadi utama dalam pentadbiran dan pengurusan kolej.
Mendukung kepimpinan Kolej dalam melaksanakan visi, misi dan objektif yang ingin dicapai.
Pejabat pendaftar berfungsi sebagai peneraju kepada Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Pembangunan Organisasi, Pentadbiran Umum, serta Urusetia Kepada Pihak-Pihak Berkuasa Kolej.