Latar Belakang

Pusat Pengajian Al-Quran merupakan salah satu pusat pengajian di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Eksekutif (Akademik & Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Merupakan pusat pengajian yang ditubuhkan bagi menaungi dua program yang ditawarkan oleh KQT iaitu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Bahasa Arab dan juga Program Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat. Pusat Pengajian ini diketuai oleh seorang Dekan.

Pusat Kecemerlangan Pengajian al-Quran komprehensif.

Memanifestasikan nilai-nilai ikmu berwadahkan Al-Quran bagi memperkasakan transformasi pelajar melalui pendekatan ilmu dan amal.

  • Merasionalkan halatuju graduan lepasan bidang Pengajian al-Quran selari dengan perkembangan arus perdana.
  • Menerapkan modal insan Quraniy yang cemerlang melalui kompetensi dan dedikasi pensyarah.
  • Menawarkan bidang pengajian al-Quran yang bersifat kontemporari dan komprehensif selari dengan keperluan masyarakat.
  • Memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan kualiti yang berterusan, cekap, sistematik dan berkesan.
  • Memperkembangkan ilmu al-Quran melalui program pengajian, penyelidikan, teknologi terkini dan inovatif.