Latar Belakang

Bahagian Pengurusan Kualiti berada di bawah tanggungjawab Ketua Eksekutif. Bahagian ini bertanggungjawab menjamin pengurusan kualiti pentadbiran, kewangan dan akademik. Diketuai oleh Ketua Bahagian.

Menjadi teras yang menjamin sistem kualiti yang lestari.

Memastikan proses kualiti berjalan mengikut standard piawaian badan yang diiktiraf.

  • Memantau Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) selaras dengan keperluan standard, dokumen kualiti serta peraturan yang sedang berkuatkuasa.
  • Mengenalpasti serta menyelaras keperluan jaminan kualiti pentadbiran, kewangan dan akademik sebagaimana standard yang ditetapkan Malaysia Qualification Agency (MQA), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Myquest dan dan audit.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek SPK serta menilai keberkesanannya bagi memupuk, menerap dan meningkatkan kefahaman amalan budaya kerja cemerlang ke atas setiap peranan yang diamanahkan.