Latar Belakang

Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan merupakan salah satu bahagian di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Eksekutif (Akademik & Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Bahagian ini bertanggungjawab dalam menguruskan penyelidikan, persidangan dan penerbitan KQT. Menerbitkan International Journal of Al-Quran and Knowledge secara dwi tahunan dan buku akademik. Diketuai oleh Ketua Bahagian.

Menjadi pusat pengurusan penyelidikan dan hasilan ilmiah yang terunggul.

Membudayakan penyelidikan dan penulisan ilmiah.

  • Menyelaras dan memantau aktiviti penyelidikan, penulisan dan penerbitan.
  • Menguruskan perolehan aset penyelidikan dan jualan hasil terbitan.
  • Merancang, melaksana dan memantau aktiviti persidangan.