Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Galeri Laguna Khat

21 Januari 2022, Unit Kaligrafi meneruskan aktiviti Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Galeri Laguna Khat, Kedah yang dimiliki oleh Ustaz Zuhud ‘Ulya bin Iberahim. Galeri ini memuatkan pelbagai jenis karya yang dicetak dengan menggunakan mesin pencetak inkjet ke atas pelbagai material seperti kanvas, kayu, foam board, tarpolin dan lain-lain.

Kumpulan penyelidik Unit Kaligrafi turut berpeluang melihat kepelbagaian teknologi penghasilan karya khat yang terdapat di galeri ini seperti mesin pencetak inkjet, laser cut dan mesin router. Mereka juga dapat berkongsi ilmu serta teknik untuk menghasilkan karya khat yang cantik dan menarik dengan pemilik galeri ini.

Di samping itu, Ustaz Zuhud ‘Ulya turut memiliki 2 galeri homestay di daerah Yan, Kedah yang dijadikan sebagai mini galeri. Kebanyakan karya yang terdapat di galeri homestay tersebut merupakan hasil tangan sendiri dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Buletin KQT