Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Bersempena Majlis Imaratul Ilmi Ke-3 – Kolej Al-Quran Terengganu

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Bersempena Majlis Imaratul Ilmi Ke-3

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Terengganu bersempena Majlis Imaratul Ilmi ke-3 buat julung kalinya diadakan bagi meraikan pelajar yang khatam 30juzuk al-Quran secara hafazan.

Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YB Ustaz Haji Maliaman bin Kassim, Pengerusi Lembaga Pengelola KQT merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu.

Seramai 26orang pelajar khatam telah diraikan dalam majlis yang sungguh indah dan meriah ini. Semoga pencapaian para pelajar pada majlis kali ini akan menjadi pemangkin semangat buat pelajar- pelajar lain untuk terus berusaha sekali gus berjaya khatam 30juzuk hafazan sepanjang berada di bumi KQT.

Buletin KQT