Seramai 30 orang mahasiswa Semester 1 (2023/2024) KQT telah mengikuti lawatan ke Muzium Negeri Terengganu pada 24 Ogos 2023. Lawatan Bermaklumat Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 itu turut disertai oleh tiga orang pelajar Program Seni Kaligrafi Terengganu YDSM-KQT.
Program ini bertujuan menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan negara di samping menyemai semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa. Lawatan diketuai oleh YM Syarifah Rahimah binti Tuan A. Rahman selaku pensyarah mata pelajaran umum : Pengajian Malaysia (MPU2163).