Satu perjumpaan secara maya telah diadakan antara Kolej Al-Quran Terengganu dan Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar, Malaysia. Deligasi Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Mesir diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti selaku Presiden Rabitah dan beberapa orang AJK . Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan hubungan jalinan kerjasama akademik untuk para pelajar KQT menyambung pengajian ke peringkat seterusnya di Universiti Al-Azhar, Mesir. Semoga hasrat KQT ini dapat direalisasikan pada masa akan datang.