Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia anjuran Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) Jabatan Perdana Menteri

Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia anjuran Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 2 – 4 Jun 2022 bertempat di Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu. Program jelajah yang diadakan di 13 buah negeri dalam Malaysia ini turut dihadiri perasmiannya oleh YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob ;Perdana Menteri Malaysia.

Program ini akan melalui majlis penutup di Putrajaya dan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah Kementerian Peneraju (Ketua Jawatankuasa Pameran Agensi, Aktiviti Pengisian & Program) bagi pelaksanaan program ini di Negeri Terengganu.

Unit Kaligrafi, Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) telah menyediakan lukisan kaligrafi untuk pameran dan turut menghasilkan karya khas kepada YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai penghargaan yang disampaikan oleh Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu; YBM Tengku Seri Bijaya Raja (Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil). Turut serta ialah YAB Menteri Besar Terengganu mengiringi YAB Perdana Menteri Malaysia ketika menerima cenderahati khas tersebut.

Buletin KQT