KUNJUNGAN HORMAT KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU (KQT) KEPADA ADUN WANITA TERENGGANU

Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Hajah Zuraida binti Md. Noor pada 21 Jun 2022 (Selasa) bertempat di Tingkat 5, Wisma Darul Iman.

Pertemuan yang berlangsung pada jam 11.30 pagi itu bertujuan membincangkan aspek-aspek pembangunan wanita dan muslimah di Terengganu, khususnya dari segi pemantapan sahsiah, ilmu dan rohani. Pengisian kunjungan memfokuskan aktiviti pengajian al-Quran di negeri Terengganu yang melibatkan tenaga-tenaga pengajar al-Quran persendirian (di peringkat kampung).

Syarifah Rahimah binti Tuan A. Rahman selaku Pengarah Institut Al-Quran diiringi oleh Ustaz Salman bin Moktar (Penyelaras Kulliyyah Al-Furqan) dan En. Syamsul Anwar bin Shamsuddin (Pereka Unit Kaligrafi) mewakili Ketua Eksekutif KQT dalam memenuhi kunjungan tersebut.

Buletin KQT