KQT telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) sempena Program Seni Kraf Warisan YDSM. Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM yang hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, YBbhg. Dato’ Dr. Abdul Rahim bin Nik, Hj. Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Tuan Hj. Mohd Fauzi bin Mustaffa, Setiausaha Kerja YDSM, En. Mohd Azrul bin Ismail dan Eksekutif Penyelaras Projek YDSM, En. Mohd Hapizul bin Ibrahim.
Ahli rombongan ini disambut oleh Pengurusan Tertinggi KQT, iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Safri bin Ali, Ketua Eksekutif KQT, Prof. Madya Dr. Mahyuddin bin Hashim, Timbalan Ketua Eksekutif (Akademik & Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), En. Saidi bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan dan Pengkorporatan) serta Pengarah IQ, YM Syarifah Rahimah binti Tuan A. Rahman dan kakitangan Unit Kaligrafi.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat proses pembelajaran para pelajar di bawah Program Seni Kraf Warisan Yayasan Diraja Sultan Mizan di KQT bersama mentor, iaitu pereka di Unit Kaligrafi KQT.
Jalinan kerjasama antara KQT dan YDSM yang dikenali sebagai Program Seni Kaligrafi Terengganu YDSM-KQT ini telah bermula pada tahun 2018. Program ini telah melalui dua sesi pengambilan dan terdapat 3 orang alumni yang telah berjaya menamatkan program dengan jayanya.
Koleksi karya berkonsepkan gabungan kaligrafi seni Melayu-abstrak serta produk yang telah dihasilkan oleh pelajar Program Seni Kaligrafi Terengganu YDSM-KQT turut dipamerkan ketika lawatan berlangsung. Pameran serta demonstrasi penghasilan karya oleh pelajar dilakukan di ruang legar dan Bilik Unit Kaligrafi.
Diharapkan lawatan ini akan memberikan manfaat dan menghasilkan jalinan kerjasama yang lebih erat antara YDSM dan KQT.