Bedah Kitab Modul Tajwid: Wanita Bijak Al-Quran 4.0

YB ADUN Wanita Terengganu (YB Hajah Zuraida binti Md Noor) telah menganjurkan Bengkel Bedah Kitab Modul Tajwid: Wanita Bijak Al-Quran 4.0 dengan kerjasama Kolej Al-Quran Terengganu (KQT).

Bengkel yang berjalan selama empat hari itu mensasarkan seramai 31 orang tenaga pengajar al-Quran wanita dari Parlimen Kuala Terengganu, iaitu DUN Bandar, DUN Ladang, DUN Batu Burok dan DUN Wakaf Mempelam sebagai peserta.Bengkel Bedah Kitab Modul Tajwid: Wanita Bijak Al-Quran 4.0 dilaksanakan di dalam dua siri, iaitu Siri Pertama pada 3 hingga 4 Ogos dan Siri Kedua pada 17 hingga 18 Ogos 2022.

YB Hajah Zuraida binti Md Noor telah memberikan ucapan sempena kunjungan beliau ketika meninjau perjalanan bengkel yang berlangsung pada 17 Ogos 2022. Manakala Majlis Perasmian Penutup Bengkel Bedah Kitab Modul Tajwid: Wanita Bijak Al-Quran 4.0 pada 18 Ogos 2022 telah dihadiri oleh Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu ;Pn. Wan Nur Sakinah binti Din mewakili YB ADUN Wanita Terengganu dan Pegawai Khas YB Wanita Terengganu; Pn. Nor Aqma Zulaikha Roslan. Perasmian majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mahyuddin bin Hashim selaku Timbalan Ketua Eksekutif (Akademik & Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Kolej Al-Quran Terengganu.

Buletin KQT