Pingat Gangsa Pertandingan Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL)

Penyertaan sulung KQT dalam Pertandingan Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL) telah berjaya mendapat pingat gangsa bagi kedua-dua projek inovasi. ‘Road to Dabong’ dan ‘Flash Card Teng-Teng’ merupakan projek inovasi yang menggabungkan permainan tradisional dengan pengetahuan bahasa Arab.

Pengumuman pemenang pingat telah berlangsung pada 24 Ogos 2023 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah bertempat di UniSZA. Peserta daripada KQT terdiri daripada:

Kumpulan ‘Road to Dabong’:

  1. Ustaz Mohd Affandi bin Mohd Yusuf
  2. Ustaz Muhammad Syauqi bin Muhammad Sabran
  3. Muhammad Amir Firdaus bin Mohd Fadzli
  4. Muhammad Azzimuddin bin Shukor
  5. Muhammad Yusuf Fahmi bin Rosnan
  6. Muhammad Amir bin Kamarudin

Kumpulan ‘Flash Card Teng-Teng’:

  1. Ustazah Nur Rashidah binti Ashaary
  2. Ustazah Syahirah Salwa binti Md Harun
  3. Syarifatuz Zahra binti Muda
  4. Wan Khaulah Al-Azwar binti Wan Saifuldin
  5. Siti Sarah binti Salahudin
  6. Nur Mariam Huda binti Amirudin

Semoga kejayaan ini membuka lembaran baru budaya inovasi di KQT. Diharapkan juga agar kemenangan ini dapat menjadi pembakar semangat bagi projek-projek yang akan datang seterusnya melonjakkan kegemilangan KQT di persada dunia pendidikan.

Buletin KQT