Majlis Imaratul Ilmi Ke-3 – Kolej Al-Quran Terengganu

Majlis Imaratul Ilmi Ke-3

Sejarah penuh gemilang Majlis Imaratul Ilmi Ke-3 Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) telah tercipta dengan jayanya pada 30 Mei 2022 di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam.

Acara keramat ini disempurnakan pembukaan sesi 1  oleh YB Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KQT, disaksikan oleh YB Haji Maliaman bin Kassim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola KQT, Prof. Madya Dr. Mohd Safri bin Ali (Ketua Eksekutif KQT), Ahli-ahli Lembaga Pengarah KQT, Ahli-ahli Lembaga Pengelola KQT, para pensyarah, graduan dan tetamu seisi dewan.

Sesi ke-2 majlis diteruskan dengan pembukaan semula oleh YB Haji Maliaman bin Kassim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola KQT.

Majlis Imaratul Ilmi Ke-3 meraikan seramai 45 orang graduan daripada program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat (DTQQ) dan Diploma Tahfiz Al-Quran dan Bahasa Arab (DTQB) serta 418 orang graduan Kuliyyah Al-Furqan.

Turut diraikan dalam majlis gilang gemilang ini ialah penerima Anugerah Presiden, Wan Muhammad Amiruddin bin Wan Othman, penerima Anugerah Ketua Eksekutif, Imran Hakimi bin Zukifeli, penerima Anugerah Imam al-Kisa’i, Ahmad Musadad bin Jusoh, penerima Anugerah Imam ‘Asim Al-Kufi, Musfirah Husna binti Abdul Razak serta penerima Anugerah Imam Ibn Al-Jazari, Na’im Izuddin bin Azman.

Manakala bagi penerima Anugerah Kuliyyah Al-Furqan ialah Ismail bin Nik Man, Dr. Wan Anwar Fahmi bin Wan Mohamad, Wan Hasnah binti Wan Muda dan Rohani binti Musa.

Pihak Jawatankuasa Majlis Imaratul Ilmi Konvokesyen Ke-3 Kolej Al-Quran Terengganu merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Haji Satiful Bahari bin Mamat dan YB Haji Maliaman bin Kassim atas penyempurnaan majlis.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua graduan dan penerima anugerah. Seluruh jawatankuasa memohon kemaafan andai terdapat kekurangan serta kelemahan sepanjang pengendalian majlis sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Buletin KQT