Kunjungan Dari Sekolah Agama Taman Seri Saujana Johor Bahru

KQT telah menerima kunjungan dari Sekolah Agama Taman Seri Saujana, Johor Bahru pada 28/8/2023 (Isnin). Deligasi ini disertai oleh 34 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring.

Tujuan kunjungan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang institusi pendidikan agama, sejarah, kebudayaan dan warisan yang terdapat di negeri Terengganu serta merasai budaya pembelajaran berteraskan al-Quran di KQT.

Deligasi juga turut dibawa melawat ke Unit Kaligrafi bagi melihat hasil penulisan Khat yang dibangunkan oleh pereka KQT.

Buletin KQT