Pelajar Semester 4 dan Semester 6 program DTBQ dan DTQQ seramai 95 orang telah menduduki ujian bertulis Malaysian University English Test (MUET) pada 22/01/2022 manakala ujian lisan pula diadakan pada 24-26/01/2022.
MUET merupakan salah satu syarat wajib bagi semua pelajar yang akan membuat permohonan UPU untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA dalam negara. Peperiksaan MUET ini berada di bawah kendalian dan tanggungjawab Pusat Pengajian Umum, Kolej Al-Quran Terengganu.
Semoga semua pelajar yang telah selesai menjalani peperiksaan ini mendapat keputusan yang cemerlang seterusnya dapat melanjutkan pelajaran di universiti.