KQT Infaq Fun Ride 2020

KQT Infaq Funride 2020 telah diadakan pada 20/11/2021. Program ini bertujuan memberi peluang kepada masyarakat berinfaq untuk para pelajar dalam bidang hafazan al-Quran. Selain itu, program ini juga adalah untuk mengadaptasikan budaya sukan berbasikal dalam kalangan warga KQT bersama masyarakat serta mempromosikan KQT dengan lebih meluas di samping merapatkan sesama masyarakat. Flag off telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Marang, Ybrs En.Lizan bin Che Mat, manakala Perasmian Penutup pula disempurnakan oleh Ybhg. Ketua Eksekutif KQT, Prof. Madya Dr. Mohd Safri bin Ali. Program ini telah berjaya mendapatkan sumbangan infaq bernilai RM12 700 daripada keseluruhan penyertaan di samping menerima pelbagai tajaan hadiah daripada penaja utama, EPIC dan beberapa syarikat lain. KQT mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Buletin KQT