Bengkel Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan Kaedah Penggubalan Soalan telah diadakan selama 2 hari, iaitu pada 26 dan 28 Oktober 2021 yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Umum. Fasilitator jemputan bagi bengkel ini ialah Prof. Dr. Harmy Mohamed Yusoff, Dekan Fakulti Perubatan, UnisZa dan Dr. Wan Mohd Adzim Wan Mohd Zain, Penyelaras Kurikulum Tersedia Masa Hadapan, Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik, UnisZa.