Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Operasi KQT bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan KQT telah diadakan pada 26 Julai 2022 (Selasa). Deligasi Jawatankuasa Penilaian Operasi KQT terdiri daripada Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri, Pensyarah Pusat Kajian Kepimpinan & Polisi Pendidikan (Fakulti Pendidikan) UKM, Ybhg. Prof. Ir. Dr. Ahmad Ashrif bin A. Bakar (Pensyarah Fakulti Kejuruteraan UKM), Encik Muhammad Ramizu bin Mustaffa (Pengarah Eksekutif MBI Modal), Encik Akmal Syafarie bin Ab Malik (Ketua Kewangan & Pentadbir MBI Modal), Encik Mohd Ashyraf bin Mohd Salim (Eksekutif Kewangan MBI Modal) dan Puan Raihanah binti Mohd Fakri (Eksekutif Sumber Manusia & Kewangan MBI Modal).
Jawatankuasa Penilaian Operasi KQT ini dilantik bagi membantu Pengurusan KQT mencapai sasaran untuk menjadi sebuah Kolej Universiti menjelang tahun 2025 nanti. Pelbagai input dan usaha telah dibincangkan dan perancangan secara kolektif bakal dilaksanakan bagi memastikan hasrat ke arah Kolej Universiti akan dapat direalisasikan dengan cemerlang. Deligasi ini telah disambut oleh Ketua Eksekutif, Prof. Madya Dr. Mohd Safri bin Ali bersama-sama Ahli Jawatankuasa Pengurusan KQT.