Taklimat Bantuan Pendidikan Dari Yayasan Pendidikan MAIDAM – Kolej Al-Quran Terengganu

Taklimat Bantuan Pendidikan Dari Yayasan Pendidikan MAIDAM

Taklimat berkaitan kemudahan bantuan pembiayaan pendidikan oleh Yayasan Pendidikan Maidam telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dua (2) Kolej Al-Quran Terengganu pada 11 Mei 2023 (Khamis).

Taklimat ini disampaikan oleh Puan Norhana binti Yaakub (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Puan Noor Shazlinda (Eksekutif Agihan Dana) Yayasan Pendidikan Maidam.

Semoga penerangan tentang bantuan ini akan dapat membantu anak-anak jati negeri Terengganu amnya dan pelajar KQT khususnya untuk mendapatkan kemudahan bantuan pembiayaan pendidikan demi melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang pendidikan pada masa akan datang.

Buletin KQT