Kunjungan Hormat Ke MAIDAM – Kolej Al-Quran Terengganu

Kunjungan Hormat Ke MAIDAM

Ketua Eksekutif Kolej Al-Quran Terengganu hari ini telah mengadakan satu Kunjungan Hormat bersama para pegawai ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan di pejabatnya.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan bentuk-bentuk bantuan yang boleh disalurkan oleh MAIDAM kepada pelajar-pelajar KQT. Selain itu, kunjungan ini diharap dapat memperkukuhkan lagi kerjasama strategik antara dua institusi.

Delegasi KQT turut disertai oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan & Pengkorporatan), Dekan Pusat Pengajian Al-Quran, Pegawai Kewangan, Penolong Pendaftar (Pengkorporatan dan Teknologi Maklumat), Penolong Pendaftar Akademik, Penolong Pendaftar Akademik dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Dokumentasi).

Buletin KQT