Pada 20 Januari 2022, Unit Kaligrafi Kolej Al-Quran Terengganu telah menjalankan Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bertempat di Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia (USM).
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meneliti manuskrip yang terdapat di galeri tersebut, antaranya ialah manuskrip al-Quran bertulisan tangan. Pengkajian manuskrip yang dilakukan ini adalah melalui pengenalpastian tera air (water mark), bentuk tulisan, hiasan, pewarnaan, kulit mushaf dan sebagainya.
Selain itu, Unit Kaligrafi berpeluang melihat karya-karya daripada seniman ternama di Malaysia, seperti karya yang dihasilkan Latif Mohidin serta turut berpeluang mendalami ilmu seni tampak bersama Pengarah Galeri Tuanku Fauziah, YBhg. Prof. Madya Hasnul Jamal bin Saidon.
Di samping itu, Penolong Kurator Kanan (Pemasaran, Promosi dan Perhubungan Korporat) Galeri Tuanku Fauziah, USM juga berkongsi ilmu dengan rombongan dari KQT.Semoga hasil penyelidikan yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi semangat untuk terus menghasilkan karya kaligrafi serta kesenian Islam dengan lebih menarik dan terbaik.