Kursus Pengurusan Organisasi Siri-2

8 Februari 2023, Rabu – Telah berlangsung Kursus Pengurusan Organisasi Siri 2 dengan slot pertama telah disampaikan oleh Encik Mohd Ali Faiz bin Salleh, Eksekutif Kanan (Komunikasi Korporat), Rakyat Management Service Sdn Bhd. Beliau yang merupakan mantan Yang Di-Pertua bagi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2014/2015 dan Pengerusi Kelab Penyayang bagi tahun 2013/2014 dan 2014/2015 daripada Universiti Utara Malaysia telah memberi perkongsian berkaitan The Nature of Students’ Leadership.

Slot kedua telah disampaikan oleh Cik Nuratiqah Binti Rusdi, Penolong Pendaftar (Hal Ehwal pelajar dan Alumni berkaitan pengurusan fail dan surat menyurat.

Kursus siri kedua yang diadakan di dewan Ibnu Mas’ud KQT ini diharap dapat memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan yang ada pada pelajar serta berupaya menyelesaikan satu tugasan multi dimensi dan proaktif dalam pengurusan organisasi.

Buletin KQT