Seramai 30 orang kakitangan KQT telah menyertai Konvoi Merdeka 2023 KQT yang berlangsung pada 24 Ogos 2023. Konvoi ini disertai oleh 20 buah motorsikal dan 3 kenderaan pacuan empat roda yang memulakan perjalanan dari KQT Kampus Padang Midin menghala ke Kampung Tok Randok, Kuala Berang.
Objektif utama program ini adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri, mengeratkan ukhwah dalam kalangan kakitangan KQT serta menggalakkan kibaran Jalur Gemilang sebagai tanda menghormati dan menyayangi negara kita, Malaysia.