Satu kunjungan hormat telah diadakan bersama Pengarah Education Malaysia iaitu PM Dr. Mohd Azmir bin Mohd Nizah pada 26 Ogos 2022 untuk membincangkan program pengantarabangsaan program pengajian KQT ke Timur Tengah. Kunjungan ini diketuai oleh YB Hj Maliaman bin Kassim selaku Timb. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu, PM Dr. Mohd Safri bin Ali (Ketua Eksekutif KQT), PM Dr. Mahyuddin bin Hashim (Timb. Ketua Eksekutif Akademik & HEPA) serta Ust Abu Hassan Basori bin Abdullah (Dekan Pusat Pengajian Al-Quran).