Kolej Al-Quran Terengganu hari ini telah mengadakan majlis tandatangan sijil Muafakat Strategik bersama Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang bagi jalinan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak. Majlis ini telah diketuai oleh Ketua Eksekutif KQT, Prof. Madya Dr. Mohd Safri bin Ali dan Pengetua SMA Mahmudiah, Ustaz Mazelin bin Ali.
Majlis turut disaksikan oleh Puan Rusiati binti Ngah (Pen. Kanan Pentadbiran), Puan Shukoriah binti Ali (Pen. Kanan HEM), YM Puan Sharifah Saidah binti Syed Abdullah (GKMP Bahasa), Puan Meriam binti Mohd Nor (GKMP Pendidikan Islam) dan Puan Zuriyani binti Mohd (Setiausaha JKS) dari SKM Agama Mahmudiah, manakala pihak KQT pula disaksikan oleh Prof. Madya Dr. Mahyuddin bin Hashim (TKE Akademik & Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), En. Saidi bin Salleh @ Sulong (TKE Pembangunan dan Pengkorporatan), En. Azmi bin Tengah (Pendaftar) dan Ustaz Abu Hassan Basori bin Abdullah (Dekan Pusat Pengajian Al-Quran).
Turut diadakan Bengkel Pemantapan Khat Nasakh kepada pelajar SMA Mahmudiah bertempat di Bilik Seminar KQT. Penceramah bengkel ini adalah kakitangan Unit Kaligrafi, Institut Al-Quran, KQT.