Sesi Penyerahan Tugasan Akhir Pelajar Program Seni Kaligrafi Terengganu YDSM-KQT Sesi 2020/2022

30 Jun 2022 – Pelajar Program Seni Kaligrafi Terengganu YDSM-KQT bagi sesi 2020/2022 telah berjaya menamatkan pengajiannya di Kolej Al-Quran Terengganu. Program ini dijalankan selama 3 semester bersamaan 1 tahun 6 bulan. Program yang sepatutnya tamat pada Disember 2021 ini terpaksa dipanjangkan sehingga ke bulan Jun 2022 kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika Covid-19 melanda negara.

Secara keseluruhannya, pelajar kumpulan kedua Program Seni Kaligrafi Terengganu YDSM-KQT ini telah menamatkan pengajian dengan jayanya sekaligus menyiapkan tugasan akhir yang diamanahkan. Diharapkan segala ilmu yang telah dipelajari dapat diamalkan sebaik mungkin dan menjadi perintis kepada generasi yang akan datang, khususnya dalam lapangan seni kaligrafi dan iluminasi.

Buletin KQT