Satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kolej al-Quran Terengganu bagi tahun 2020 dan 2021 telah berlangsung pada Selasa 27 Ogos 2022. Majlis yang diadakan di Dewan Jasmine 1, Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Safri bin Ali selaku Ketua Eksekutif Kolej Al-Quran Terengganu.
Prof. Madya Dr.Mohd Safri bin Ali bersama-sama dengan Ustaz Azmi bin Tengah (Pendaftar Kolej Al-Quran Terengganu) telah menyampaikan anugerah kepada 6 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020 dan 2021.
Antara 3 penerima APC 2020 adalah Ustaz Abu Hassan Basori bin Abdullah, Cik Nuratiqah binti Rusdi dan En.Syamsul Anwar bin Shamsuddin, manakala 3 lagi Pemerima APC 2021 adalah En.Mohd Affandi bin Mohd Yusuf, Puan Fauziah binti Mansor dan En. Azeman bin Awang.Turut hadir dalam majlis ini adalah Prof. Madya Dr. Mahyuddin bin Hashim (Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Akademik dan Pelajar Kolej Al-Quran Terengganu) dan semua kakitangan serta pensyarah Kolej al-Quran Terengganu.