3 Februari 2023 – Kursus Pengurusan Organisasi Siri-1 untuk semua Majlis Tertinggi, Ahli Jawatankuasa dan Exco bagi Majlis Perwakilan Pelajar dan Persatuan Kolej Al-Quran Terengganu telah diadakan di Bilik Seminar 1 KQT. Kursus yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dalam pengurusan organisasi ini telah dikendalikan oleh Puan Arida Azreyanti binti Wan Azmi dan Cik Nuratiqah binti Rusdi.