Pada 22 dan 23 Disember 2021 telah berlangsung dengan jayanya Majlis Musabaqah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kolej Al-Quran Terengganu kali ke-1. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mengenalpasti bakat dan kemahiran pelajar KQT dalam bidang tilawah dan hafazan al-quran. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan serta melahirkan lebih ramai pelajar KQT yang berbakat untuk menyertai pertandingan Musabaqah Tilawah dan Hafazan Al-Quran yang dianjurkan sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.
Antara kategori yang dipertandingkan dalam majlis ini adalah Tilawah Al-Quran Lelaki dan Perempuan, Hafazan Al-Quran Tahap 1 (1-5 juz) Lelaki, Hafazan Al-Quran Tahap 2 (1-10 juz) Lelaki dan Perempuan serta Hafazan Al-Quran Tahap 3 (1-20 juz) Lelaki.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan :
Pemenang Kategori Tilawah (Lelaki)
Pemenang Kategori Tilawah (Perempuan)
Pemenang Kategori Hafazan Lelaki Tahap 1 (1-5 juz)
Pemenang Kategori Hafazan Lelaki Tahap 2 (1 -10 juz)
Pemenang Kategori Hafazan Perempuan Tahap 2 (1 -10 juz)
Pemenang Kategori Hafazan Lelaki Tahap 3 (1 -20 juz)
Semoga penganjuran Majlis Musabaqah Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat KQT ini akan dapat melahirkan lebih ramai qari dan qariah yang berwibawa pada masa akan datang.