Alhamdulillah hari ini pihak Kolej Al-Quran Terengganu telah berjaya menghantar permohonan Perakuan Akreditasi Sementara program baharu bagi Pengajian Diploma Syariah Islamiah dan Diploma Akidah Islamiah di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Penghantaran dokumen ini diketuai oleh ustaz Mohd Khairul Najmi (Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti), ustaz Abu Hassan Basori (Dekan Pusat Pengajian Al-Quran) dan ustaz Mohd Affandi (Ketua Penggubal Program Baharu). Moga Kolej Al-Quran Terengganu terus maju memacu pendidikan tinggi dalam bidang Al-Quran di Terengganu.