Pada 25 Januari 2022 delegasi KQT yang terdiri daripada YBhg. Prof Madya Dr. Mohd Safri bin Ali (Ketua Eksekutif), YBrs. Prof Madya Dr. Mahyuddin bin Hashim (TKE Akademik dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Ustaz Abu Hassan Basori bin Abdullah (Dekan Pusat Pengajian Al-Quran) sempat berkunjung dan bertukar idea bersama-sama dengan YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Suhaimi bin Wan Abdullah, Pensyarah CASIS, UTM, Kuala Lumpur.
Perbincangan ini berfokus kepada beberapa langkah dan teknikal yang boleh dilaksanakan ke arah mengurus pengiktirafan diploma KQT agar graduannya berpeluang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Beliau bersedia menjadi fasilitator antara KQT dan pihak berkaitan di Universiti Al-Azhar untuk merealisasikan impian KQT ini.
Di samping itu, beliau juga mengesyorkan beberapa alternatif sebagai langkah tambahan bagi menjayakan hasrat KQT. Terima kasih YBhg. Prof. kerana sudi meluangkan masa kepada rombongan KQT demi kebaikan ummah.