24 Januari 2022, KQT turut mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Waqaf Malaysia. Rombongan KQT telah disambut oleh YBhg. Prof. Dr. Amir bin Shaharudin (Ketua Pegawai Eksekutif), YBrs. En Abdul Halim bin Mat Yusop (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif) dan YBrs. Puan Nur Syaffina binti Ab Rahim (Pengurus Bahagian Dasar Dan Pembangunan).
Alhamdulillah, banyak perkongsian maklumat berkaitan fungsi Yayasan Waqaf Malaysia dapat dikongsikan kepada rombongan KQT.
Terdapat ruang kerjasama yang luas dan terbaik dapat diikat dan dilaksanakan antara KQT dan YWM pada masa hadapan. Terima kasih YBhg. Prof. dan pegawai-pegawai yang menyambut kedatangan KQT dengan sangat mesra.