Pada 16 Disember 2021, telah diadakan Kunjungan Hormat Institut Al-Quran, Kolej Al-Quran Terengganu ke Pusat Kesenian & Warisan, UnisZa.
Objektif utama kunjungan ini adalah untuk mendapatkan perkongsian tentang inti pati dan kandungan yang terdapat dalam UnisZa Digital Art Gallery serta perbincangan mengenai cadangan pengisian slot oleh Unit Kaligrafi KQT di dalam UnisZa Digital Art Gallery tersebut.
Antara yang hadir dalam kunjungan ini ialah Ybhg Dr. Muhamad Fazil bin Ahmad, Pengarah Pusat Kesenian & Warisan, YM. Tengku Ani Soraya binti Tengku Sulaiman (Pen. Pegawai Kebudayaan), YM. Syarifah Rahimah binti Tuan A. Rahman (Pengarah Institut Al-Quran), En. Syamsul Anwar bin Shamsuddin dan YM. Sharifah Rukaiah binti Syed Ahmad (Pereka Unit Kaligrafi) serta pelajar program Seni Kaligrafi Terengganu YDSM-KQT, Cik Nur Syaza Sofia binti Ismail.
Selain itu, rombongan dari KQT turut dibawa melawat ke Galeri Sanggar Seni, konti
Pesona.fm UnisZa dan studio-studio yang digunakan dalam aktiviti kesenian kakitangan serta para pelajar UnisZa.
Semoga kunjungan ini akan dapat memberi manfaat dalam memantapkan lagi hubungan 2 hala serta jalinan kerjasama antara KQT dan UnisZa.