Pada 16 Januari 2022, KQT telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Incorporated (MBI). Deligasi tersebut diketuai oleh Tn. Hj. Mazli Zakuan bin Mohd Noor selaku Corporate Advisor MBI/CEO MBI, En Muhammad Ramizu bin Mustaffa (Financial Advisor MBI), En Mazli bin Mokhtar (Manager Investment MBI) dan En.Uzair (Special Officer to Corporate Advisor MBI). Kunjungan hormat ini diadakan adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran terkini tentang pengoperasian KQT dari segi kemudahan fasiliti yang ada, bilangan pelajar, bilangan pensyarah serta perkara yang berkaitan dengan pengurusan KQT. Semoga kunjungan hormat ini akan memberikan banyak manfaat untuk perkembangan KQT pada masa hadapan seterusnya membolehkan KQT membangun menjadi sebuah institusi pendidikan berteraskan al-Quran yang terunggul di negeri Terengganu.