24 Januari 2022, KQT telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Senator Datuk Seri Dr. Zuklifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkap mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Rombongan ini dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Safri bin Ali (Ketua Eksekutif), YBrs. Prof. Madya Dr. Mahyuddin bin Hashim (TKE Akademik dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Ustaz Abu Hassan Basori bin Abdullah (Dekan Pusat Pengajian Al-Quran). Pertemuan ini walaupun singkat namun amat bermakna apabila perbincangan lebih menjurus kepada pembangunan akademik pada masa hadapan di KQT.
YB Senator Datuk Seri sempat menitipkan nasihat agar KQT memperkasakan bahasa Arab dalam kalangan pelajar supaya mereka lebih kompeten di persada internasional terutamanya apabila KQT memasang niat membuat permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Universiti Al-Azhar, Cairo.
Beliau turut menyarankan supaya KQT berusaha dengan lebih gigih untuk menjalinkan kerjasama akademik dengan pelbagai pihak khasnya USIM. Terima kasih YB Senator Datuk Seri kerana sudi menerima kunjungan hormat daripada KQT. Mudah-mudahan ada barakahnya dan hidangan nasi lemak daripada pihak YB Senator Datuk Seri memang terbaik.