Kunjungan Hormat Dari Kolej Al-Quran Antarabangsa Darul Huffaz Johor (KADHJ)

9 Mei 2023 (Selasa), KQT telah menerima kunjungan hormat dari Kolej Al-Quran Antarabangsa Darul Huffaz, Johor (KADHJ) yang diketuai oleh Pengarah Akademi Darul Huffaz, En. Mohd Nizam bin Ismail bersama rakan-rakan Darul Huffaz Holding. Deligasi tersebut disambut oleh Ketua Eksekutif KQT, Pendaftar, Dekan Pusat Pengajian Al-Quran, Dekan Pusat Pengajian Umum dan Pengarah IQ.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan peluang bagi menjalinkan kerjasama akademik antara KADHJ dengan KQT bagi membangunkan program diploma pengajian tahfiz demi kemaslahatan para huffaz. Deligasi ini turut dibawa melawat ke Unit Kaligrafi untuk melihat proses membuat mushaf al-Quran bertatahkan emas dan kawasan persekitaran KQT. Semoga jalinan kerjasama yang bakal diadakan nanti akan memberikan kebaikan buat kedua-dua pihak.

Buletin KQT