Bengkel Penilaian Risiko Penggabungan Kolej Al-Quran Terengganu (KQT), Kolej Yayasan Islam Terengganu (KYIT) dan Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT)

Bengkel Penilaian Risiko Penggabungan Kolej Al-Quran Terengganu (KQT), Kolej Yayasan Islam Terengganu (KYIT) dan Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT) telah diadakan pada 29 Ogos 2023 (Selasa) bertempat di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu.

Antara yang mewakili tiga (3) institusi penting dalam penggabungan itu ialah; YBrs. Dr. Haji Wan Mat bin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) yang bertindak sebagai pengerusi bengkel, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Safri bin Ali; Ketua Eksekutif Kolej Al-Quran Terengganu (KQT), YBrs. Prof. Madya Dr. Berhanundin Abdullah Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selaku pembentang, YBrs. Puan Sharifah Fatzhiyah binti Syed Ahmad; Ketua Penolong Pengarah (Penajaan) Yayasan Terengganu (YT), Dr. Haji Ahmad Fadluldin bin Mohamad; Timbalan Pengarah Pembangunan Insan Yayasan Islam Terengganu (YIT), dan YBrs. Tuan Haji Dzulkefli Mamat; Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Islam Terengganu (KYIT).

Isu-isu penting yang dimurnikan di dalam bengkel ini ialah isu perundangan, isu implikasi kewangan, isu penstrukturan tadbir urus, petempatan kakitangan, perpindahan program pengajian dan pelajar. Usaha ini adalah ke arah memenuhi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menubuhkan institusi pengajian tinggi (tahfiz) milik kerajaan negeri bertaraf kolej universiti.

Buletin KQT