Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS) dalam satu sesi lawatan penanda aras yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, KQT.
Delegasi ALAS yang terdiri daripada 7 pegawai telah diwakili oleh Ustaz Abu Dzar bin Adanan, Pengurus Akademi Literasi Al-Quran Selangor.
Kehadiran mereka telah disambut oleh pengurusan KQT yang diketuai oleh Tuan Haji Saidi Bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan & Pengkorporatan).
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pihak KQT diikuti ucapan balas daripada wakil ALAS. Seterusnya, sesi perkongsian telah diadakan melibatkan pembentangan profil KQT serta pengenalan kepada Program Kulliyyah Al-Furqan.
Lawatan ini membuka ruang perbincangan dua hala yang sangat bermanfaat, khususnya dalam meneroka kerjasama strategik serta pertukaran idea antara kedua-dua institusi dalam memartabatkan pendidikan Al-Quran di Malaysia.
Program diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati anatara KQT dan ALAS sebagai kenangan serta simbol jalinan ukhuwah yang terjalin.
Semoga hubungan yang terbina ini terus diperkukuh demi kemajuan ummah dan pembangunan pendidikan Al-Quran yang lebih cemerlang.