Ceramah Kecemerlangan Pelajar Di Pondok Darul Iman Banin

29 Oktober 2025 –  Alhamdulillah, Ceramah Kecemerlangan Pelajar bagi menghadapi peperiksaan tahun 2025 telah disampaikan oleh Ustaz Salman bin Moktar, Pensyarah Kolej Al-Quran Terengganu, kepada semua pelajar Pondok Darul Iman (Banin) yang berjumlah 96 orang.

Dengan tajuk yang penuh makna, “Hamba Allah yang Berjaya”, Ustaz Salman menekankan tiga kunci utama kejayaan seorang pelajar mukmin iaitu ilmu, amal dan adab.

Ceramah yang penuh pengisian rohani ini diakhiri dengan doa yang dibaca penuh syahdu oleh Ustaz Salman dan diaminkan oleh semua pelajar yang hadir.
Semoga segala perkongsian yang diberikan menjadi pembakar semangat buat semua pelajar dalam menghadapi peperiksaan tahun 2025.

Buletin KQT