Jalinan Mesra Bersama Alumni KQT 2024

Persatuan Alumni Kolej Al-Quran Terengganu (Sesi II) dengan kerjasama Bahagian Kaunseling dan Sahsiah Pelajar Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) telah mengadakan program ‘Jalinan Mesra Bersama Alumni KQT 2024’ pada Rabu 18 September 2024 bertempat Dewan Ibnu Mas’ud, KQT.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara alumni dengan pelajar-pelajar yang masih menuntut di KQT. Melalui program ini juga secara tidak langsung alumni dapat berkongsi dan menyumbang sesuatu yang bermanfaat terhadap pelajar-pelajar KQT dengan diadakan slot ‘Bicara Alumni’ dan beberapa slot perkongsian lain.

Program ini adalah pertama kali diadakan dan program ini dilihat berjaya meningkatkan semangat serta motivasi pelajar ke arah lebih positif.

Hubungan dua hala antara Persatuan Alumni KQT dengan pihak KQT akan terus diperkasa dan diperkukuhkan bagi melahirkan dan menonjolkan generasi-generasi KQT contoh yang berjaya.

Buletin KQT