18 Ogos 2025 – Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Timur telah mengadakan satu Kunjungan Hormat ke Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) hari ini dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara agensi kerajaan dan institusi pendidikan di rantau ini.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk menerangkan secara lebih mendalam peranan JPK dalam menyelaras dan mengurus pembangunan kemahiran di Malaysia, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.
Delegasi JPK yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Kanan JPK Wilayah Timu diberikan penerangan oleh Ketua Eksekutif KQT berkenaan hasrat KQT terhadap inisiatif ke arah pemerkasaan TVET berteraskan nilai-nilai Islam. Pertemuan ini juga membuka ruang kepada perbincangan dua hala dalam menjalin kerjasama strategik ke arah peningkatan keupayaan institusi dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.