28 September 2025 – Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Persekolahan dan Tarbiah DAR Negeri Terengganu (JPTDNT) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, KQT.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara JPTDNT dan KQT dalam usaha memperkasakan pendidikan Islam di negeri ini. Antara agenda utama pertemuan termasuklah perbincangan berkaitan peluang kolaborasi dalam bidang pendidikan, taklimat berkaitan kursus DAR, serta pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan dan tarbiah.
Turut berlangsung serentak dalam sesi tersebut ialah sesi libat urus perbincangan silibus Pendidikan Agama Negeri Terengganu yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Sabri bin Hussin, Ketua Negeri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Terengganu.
Pihak KQT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kunjungan ini dan diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif bersama pada masa akan datang.