16 Januari 2024 (Selasa), KQT telah menerima kunjungan hormat dan lawatan penanda aras dari Pusat Islam Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) yang diketuai oleh En.Mohd Sayuti bin Yahya (Pengarah Pusat Islam UniSZA) dan para pegawai.
Deligasi tersebut disambut oleh Prof.Madya Dr.Mahyuddin bin Hashim (Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Pelajar dan Alumni KQT), Pendaftar, Timbalan Ketua Eksekutif Pembangunan dan Pengkorporatan, Dekan Pusat Pengajian Al-Quran, Pengarah IQ dan Penyelaras Kulliyyah Al-Furqan.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pandangan mengenai Program Pengajian Al-Quran Peringkat Dewasa. Deligasi turut dibawa melawat ke Unit Kaligrafi bagi melihat Seni Islam Kaligrafi yang terdapat di KQT.
Semoga jalinan kerjasama yang bakal diadakan nanti akan memberikan kebaikan buat kedua-dua pihak.