Kunjungan Hormat Dan Penanda Aras Dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnipSAS)

22 Oktober 2024 (Selasa), KQT telah menerima kunjungan hormat dan penanda aras dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnipSAS).

Delegasi dari UnipSAS ini diketuai oleh YH. Prof Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin (Naib Canselor), YBrs. Prof.Madya Dr. Muhamad Fadlly bin Ismail (Timbalan Naib Canselor), En. Haji Mohd Faizul bin Haji Abdul Hadi Nor (Bendahari), YBrs. Prof. Madya Dr. Jelani bin Sulaiman (Dekan Fakulti) dan YBrs. Dr. Fahmi Zaidi bin Abdul Razak (Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah).

Delegasi ini disambut oleh Prof. Madya Dr. Haji Wan Mat Bin Sulaiman (Ketua Eksekutif KQT), Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Pelajar dan Alumni KQT, Timbalan Ketua Eksekutif Pembangunan dan Pengkorporatan dan Dekan Pusat Pengajian Al-Quran dan Kesejagatan Islam.

Dalam kunjungan ini, Ketua Eksekutif KQT dan Naib Canselor UnipSAS turut berkongsi pengalaman dan info-info berkaitan dengan program pengajian di kedua-dua institusi dengan harapan dapat mewujudkan hubungan kerjasama khususnya dalam sektor pendidikan berteraskan al-Quran pada masa akan datang.

Selain itu, delegasi juga turut dibawa melawat ke Unit Kaligrafi KQT untuk melihat hasil kerja-kerja tangan berkaitan kesenian islam seperti penulisan seni khat, seni motif, seni iluminasi dan berbagai lagi.

Buletin KQT