Kunjungan Hormat Ke Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Kemaman

Pada 20 Oktober 2024 satu sesi kunjung hormat telah diadakan di Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Kemaman bagi membincangkan peluang jalinan kerjasama Kolej Al-Quran Terengganu dan Kumpulan EPIC.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala serta meneroka inisiatif strategik yang dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

Delegasi KQT yang diketuai oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Wan Mat Bin Sulaiman telah menyampaikan hala tuju institusi serta membincangkan pelbagai peluang dalam usaha mewujudkan kerjasama pengajian al-Quran melibatkan tenaga kerja EPIC Berhad, bantuan pengajian bagi pelajar KQT dan program CSR.

Ketua Pegawai Eksekutif dari Kumpulan EPIC iaitu Ts Dr. Haji Muhtar bin Suhaili turut berkongsi pengalaman dan kejayaan Kumpulan EPIC bagi tahun 2024 serta bersetuju untuk perbincangan lebih lanjut bagi program kerjasama yang berpotensi.

Bersama-sama di dalam sesi kunjungan hormat ini adalah barisan Pengurusan Kumpulan EPIC, Encik Rusdi Ngah, Tuan Hj Mohd Sukeri Muhammad, Puan Suhana Kamaludin, Puan Mazlina Binti Md Nor dan Ustaz Muhammad Ramlan Mahmood serta pengurusan KQT iaitu Prof. Madya Dr. Mahyuddin Bin Hashim, Encik Saidi Bin Salleh @ Sulong dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Kunjungan ini diharapkan dapat membuka jalan kepada inovasi dan pengembangan yang lebih luas di masa hadapan khususnya dalam sektor pendidikan berteraskan al-Quran di Terengganu melalui pembangunan pelajar KQT dan komuniti setempat.

Kunjungan hormat ini juga adalah langkah awal dalam membina hubungan yang lebih erat dan produktif antara kedua-dua pihak. Menerusi peluang berkolaborasi ini, harapan KQT agar pelbagai inisiatif yang bermanfaat dapat direalisasikan pada masa hadapan.

Buletin KQT