5 Ogos 2025 – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh pihak Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) ke Pejabat Pegawai Kewangan Negeri Terengganu yang terletak di Tingkat 4, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, bersama Puan Shukriyati binti Saad, Pengarah Belanjawan Negeri.
Delegasi KQT yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Haji Wan Mat bin Sulaiman, Ketua Eksekutif, turut disertai oleh Haji Saidi bin Salleh@Sulong (Timbalan Ketua Eksekutif Pembangunan dan Pengkorporatan), En. Abdul Hadi bin Harun (Pendaftar), Puan Wan Nur Irdahayu binti Wan Mohd Yusof (Pegawai Kewangan) dan En. Azrul Nazli bin Muhammad Saidi (Pegawai Teknologi Maklumat).
Kunjungan ini bertujuan membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pembangunan institusi dan perancangan kewangan KQT sebagai sebuah institusi pengajian tinggi negeri yang berteraskan pendidikan al-Quran di negeri Terengganu.
Pihak KQT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dan pihak jabatan atas sambutan yang mesra serta kesudian menerima kunjungan hormat ini.